sehingga ke saat ini
aku masih lagi kepeningan (pening-pening lalat gitu)
terlalu byk benda yg nk kena pikir utk meningkatkan lagi pembangunan kendiri dalam bidang dan pekerjaan harian....pelbagai aktiviti telah dirancang oleh mereka yang bergelar ketua....kenapa mereka yang merancang? kerana...sememangnya itu adalah tugas hakiki mereka untuk merancang perjalanan program unit mereka masing2, jika tidak dirancang maka anak buah mereka tidak akan membuat kerja (kununnya)....ini kerana terdapat target yang perlu dicapai...apa akan jadi jika tidak tercapai?adakah target itu perlu dicapai? kenapa perlu? sedangkan menyelamatkan nyawa dan membendung kesihatan orang awam lebih berfaedah jika kita mulakan dengan bismillah dan niat yang ikhlas..kan?
aku ini tidaklah merancang kerana aku berada dalam golongan pelaksana....jadinya apa yang dirancang oleh mereka akan ku laksanakan seadanya dengan 2 tangan dan 2 kaki yang dikurniakan semampu yang boleh...tapi aku ada satu pendapat yang sentiasa aku pegang dan boleh dikongsi disini..."kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan"
so...apa2 pun kita perlu mohon keizinan dari Allah swt, jika diizinkan maka tercapailah, jika tidak maka sebalikyalah...tapi perlu juga diingatkan, pendapat tersebut perlulah ditambahdengan usaha yang gigih...usaha kena jugakla kan...kalau tawakkal jek "sampai bila nk maju (Lan, 2010)"
aku rasa kemampuanku sudah sampai ke tahap limitasinya kerana aku seperti sudah berputus asa....cewah! secara seriusnya aku mengatakan cukuplah.....sudah tiba masa aku akan hanya cuba bertahan dan terus bertahan....selagi mampu la kot...kebanyakan usaha yg dilakukan hanya berakhir dengan GAGAL! so, tak perlu pikir la nk buat keputusan bagi hari-hari seterusnya kan....tapi bagi aku GAGAL tak bererti kalah kan......kita boleh cuba lagi
jangan ingat berjaya beerti menang...menang tak semestinya selamanya menang...tak semestinya kamu semua akan sentiasa diatas...kerana yang diatas juga kadangkala terjatuh kalau takdak "safety precaution+unsafe act +unsafe condition" moralnya, jika anda berada diatas sentiasalah menggunakan abah2, pakai tali keselamatan, topi keledar yang dibekalkan dan pasanglah jaring dibawah juga pastikan tiada orang bekerja di bahagian bawah anda....last word "safety first"
1 comments:
sabar sehingga lebam!haha
Post a Comment